Astellas Institute for Regenerative Medicine

Astellas Institute for Regenerative Medicine ialah anak syarikat Astellas Pharma yang berpangkalan di Marlborough, Massachusetts, Amerika Syarikat, yang bergiat aktif dalam pembangunan terapi sel tunjang dengan fokus penyakit-penyakit yang menyebabkan kebutaan. Sebelum dibeli Astellas dengan harga $379 juta pada Februari 2016, syarikat ini ditubuhkan dengan nama Advanced Cell Technology pada 1994, kemudian bertukar nama kepada Ocata Therapeutics pada November 2014.[1][2]